SINGAPURA 7 Jun – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan lima kes dalam masyarakat dan sembilan kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 62,210 dengan 33 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes dalam masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin. Sementara itu semua sembilan kes import sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Lima daripadanya merupakan warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang.
Read MoreMalaysia catat 5,271 kes baharu
PUTRAJAYA 7 Jun – Malaysia mencatatkan 82 kematian dan 5,271 kes harian baharu Covid-19 menjadikan 3,460 orang telah meninggal dunia manakala jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 622,086. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 80 kematian melibatkan warganegara dan dua bukan warganegara. Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 23, diikuti 17 di Johor, 11 di Negeri Sembilan, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Kedah, masing-masing empat di Sarawak, Perak, dan Kelantan, dua di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu di Sabah, Melaka, Terengganu, dan Pulau Pinang. Bagi kes jangkitan pula…
Read More6,539 kes positif di Filipina
MANILA 7 Jun – Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,539 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,276,004 kes. Bagi tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 6,969 kes menjadikan 1,195,181 orang telah pulih atau 93.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 21,969 orang apabila 71 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula 58,854 atau 4.6 peratus.
Read More2,419 kes, 33 maut di Thailand
BANGKOK 7 Jun – Thailand merekodkan 33 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,269 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 2,419 kes baharu Covid-19 dilaporkan yang melibatkan 2,328 kes dalam masyarakat termasuk 32 kes import dan 91 di penjara. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 179,886 kes Bangkok merekodkan kes tertinggi sebanyak 943 kes, Samut Prakan 321, Phetchaburi 265, Trang 106, Samut Sakhon 92, Nonthaburi 86, Prathum Thani 57, Chonburi 53, Prachuap Khiri Khan 45 dan Nakhon Pathom 41. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi…
Read MoreKes harian berkurangan
PUTRAJAYA 7 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan harian Covid-19 dengan mencatatkan 1,374 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian hari ini 5,271. Walaupun menjadi penyumbang terbesar, Selangor menunjukkan penurunan kes berbanding 2,178 kes semalam dan jumlah keseluruhan di negeri itu kini 203,520. Sarawak mencatatkan kenaikan iaitu 703 kes berbanding 600 semalam diikuti Negeri Sembilan 571 (556), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 455 (415), Kelantan 341 (270), Sabah 336 (305), Kedah 194 (125) dan Perak 177 (174), Mencatatkan penurunan adalah Johor 355 (565), Wilayah Persekutuan Labuan 209 (212),…
Read MoreKes keracunan makanan turun
PUTRAJAYA 7 Jun – Jumlah kes keracunan makanan di negara ini tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 44.2 peratus iaitu daripada 516 kes kepada 288 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun masih terkawal, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan. Katanya walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19, KKM tetap memastikan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan. Beliau berkata demikian dalam kenyataan media sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut…
Read More1,130,301 lengkapkan dua dos
PUTRAJAYA 7 Jun – Seramai 1,130,301 individu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam manakala 2,444,075 individu menerima dos pertama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi akaun Twitternya hari ini berkata lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429). Setakat semalam, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu…
Read MoreMaro…kerja dari rumah
KOSMORAMA #WFH2021
Read MoreZiarah raya punca Kluster Matang
KUALA TERENGGANU 7 Jun – Kluster Kampung Matang iaitu kluster terbesar di daerah Hulu Terengganu yang sehingga kini mencatat 127 kes positif Covid-19 adalah berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan ziarah Aidilfitri baru-baru ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata pada mulanya 19 individu daripada dua keluarga dikesan positif Covid-19 namun penularan terus berlaku hingga menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid. “Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda…
Read MoreVaksinasi: Johnson minta komitmen G7
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meminta komitmen negara-negara anggota G7 untuk bersama mengakhiri pandemik Covid-19 dengan memastikan vaksinasi dunia menjelang akhir tahun 2022. Johnson berkata beliau akan mencari kata sepakat untuk mencapai matlamat vaksinasi global pada akhir tahun depan yang akan menjadi satu-satunya prestasi terbesar dalam sejarah perubatan. “Semasa G7 minggu depan, saya akan meminta rakan-rakan membantu vaksinasi dunia menjelang tahun depan. Kita bertanggungjawab membantu vaksinasi menjelang tahun depan,” katanya. Pemimpin Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Kesatuan Eropah dan Kanada akan menyertai Johnson dalam sidang kemuncak tiga hari…
Read More