Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 7 Jun – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama dua minggu berturut-turut dengan susut ke 0.99 semalam, Ahad berbanding 1.00 hari sebelumnya. Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.36 diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sementara Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sarawak dan Terengganu. Kelantan, Kedah dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0 Sebanyak 13 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari…

Read More

Kluster Kinabatangan catat 29 kes

KOTA KINABALU 7 Jun –  Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 direkodkan di Sabah semalam melibatkan 130 kes kumulatif di beberapa daerah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Masidi Manjun. Jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 itu berkata Kluster Sawit di Kinabatangan memiliki jumlah jangkitan tertinggi iaitu 29 kes dalam kalangan komuniti dan tempat kerja di sebuah ladang sawit. Beliau berkata, kes indeks melibatkan seorang kerani wanita berusia 25 tahun yang dikesan melalui saringan masuk kerja di sebuah klinik di Kinabatangan pada Isnin lepas sebelum saringan kontak mendapati 28 lagi kes…

Read More

Peraturan lepasi SJR diperketat

KUALA LUMPUR 7 Jun – Mulai Selasa, 8 Jun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR). Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman ke tempat kerja. Dalam kenyataan malam tadi, beliau berkata, kementerian terbabit adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan serta Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) bagi sektor pengangkutan awam…

Read More

Tahniah daripada Sultan Selangor

Foto FB istana Selangor SHAH ALAM 7 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook ‘Selangor Royal Office’ semalam menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat wal afiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah. Baginda berdua juga berharap agar Al-Sultan Abdullah berterusan memerintah negara dengan adil dan bijaksana berdasarkan perlembagaan negara. “Melihat kepada situasi…

Read More

Kes sporadik membimbangkan

PUTRAJAYA 6 Mei – Malaysia berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dan kes kematian akibat pandemik itu terutama selepas 1 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata keadaan ini amat membimbangkan kerana majoriti kes baharu dan kematian Covid-19 adalah membabitkan kes sporadik, iaitu kes yang dikesan dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada. “Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini yang mana penularan Covid-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat…

Read More

Kluster susulan pengebumian

KUCHING 6 Jun – Satu kluster baharu diisytiharkan di Mukah, Sarawak melibatkan kluster komuniti susulan upacara pengebumian yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mei lalu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataanya berkata Kluster Ulu Sebakong dikesan melibatkan rumah panjang di Ulu Sebakong. Sejumlah 147 individu telah disaring dan 50 kes daripadanya dikesan positif termasuk kes indeks. Manakala 90 kes didapati negatif dan tujuh kes lagi masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan…

Read More

Kes di Saudi turun kepada 984

RIYADH 6 Jun – Selepas enam hari merekodkan angka harian melebihi 1,000 kes , Arab Saudi hari ini mencatatkan 984 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 457, 546 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,456 kes. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 440,644 orang apabila 1,185 lagi kes pulih direkodkan hari ini. Kawasan Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 349 diikuti Riyadh 210, daerah Timur 140 dan Madinah 73 dan Asir 61 kes.. Sebanyak 9,446 kes aktif dilaporkan dan 1,545 dalam…

Read More

Terendah di India dalam 2 bulan

NEW DELHI 6 Jun – India melaporkan 114,460 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah terendah dalam tempoh dua bulan, manakala angka korban akibat pandemik itu melonjak sebanyak 2,677. Setakat ini, India mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dengan sebanyak 28.8 juta kes secara keseluruhannya serta 346,759 kematian. Gelombang kedua koronavirus yang melanda sebahagian besar kawasan pedalaman di negara itu belum lagi reda namun New Delhi dan bandar-bandar lain sedang berusaha untuk membenarkan lebih banyak perniagaan menjalankan operasi di samping melonggarkan sekatan pergerakan mulai…

Read More