Vaksinasi: Johnson minta komitmen G7

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meminta komitmen negara-negara anggota G7 untuk bersama mengakhiri pandemik Covid-19 dengan memastikan vaksinasi dunia menjelang akhir tahun 2022.

Johnson berkata beliau akan mencari kata sepakat untuk mencapai matlamat vaksinasi global pada akhir tahun depan yang akan menjadi satu-satunya prestasi terbesar dalam sejarah perubatan.

“Semasa G7 minggu depan, saya akan meminta rakan-rakan membantu vaksinasi dunia menjelang tahun depan. Kita bertanggungjawab membantu vaksinasi menjelang tahun depan,” katanya.

Pemimpin Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Kesatuan Eropah dan Kanada akan menyertai Johnson dalam sidang kemuncak tiga hari di England, pada Jumaat ini.

Ini juga akan menjadi perjalanan pertama ke luar negara bagi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sejak memegang jawatan pada Januari lalu.

Walaupun negara-negara kaya telah menvaksinasi sejumlah besar populasi mereka namun banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak memiliki akses yang sama untuk vaksin.

Pakar kesihatan memberi amaran sekiranya suntikan vaksin tidak disumbangkan, virus itu akan terus tersebar dan bermutasi.

Related posts

Leave a Comment