Usah terburu longgar sekatan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara yang berdepan penularan varian baharu yang digelar varian delta untuk tidak melonggar sekatan secara terburu-buru.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ini

kerana, langkah itu bakal memberi kesan berbahaya terutama terhadap mereka yang belum divaksinasi.

“Secara global, kita menyaksikan perkembangan memberangsangkan pada trajektori pandemik. Jumlah kes harian Covid-19 yang dilaporkan kepada WHO menunjukkan penurunan untuk enam minggu.

“Jumlah kematian juga menurun untuk lima minggu. Namun kita menyaksikan keadaan bercampur di seluruh dunia, “ katanya pada taklimat media semalam.

Menurut beliau jumlah kematian minggu lepas menunjukkan peningkatan di tiga daripada enam wilayah iaitu Afrika, Amerika dan wilayah Pasifik Barat.

“Ia meningkat susulan berlakunya pandemik dua hala,” kata Dr Tedros.

Beliau memaklumkan berlakunya pandemik dua hala dengan jumlah kematian dalam kalangan warga emas menurun terutama di negara dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

Dr Tedros juga mengulangi gesaan agar negara kaya membaik pulih ketidaksamarataan akses kepada vaksin Covid-19.

Jelasnya, sasaran sekurang-kurangnya 10 peratus populasi setiap negara divaksinasi menjelang akhir September ini dan 30 peratus menjelang akhir tahun.

Related posts

Leave a Comment