PERDANA Menteri United Kingdom, Boris Johnson menyambut gesaan Presiden Joe Biden berhubung sumbangan vaksin Covid-19 kepada negara-negara miskin dengan mengharapkan negara Kumpulan Tujuh (G7) bersetuju menyumbangkan 1 bilion dos. Johnson berharap dengan usaha ini ia akan membantu memvaksinasi seramai mungkin penduduk dunia menjelang tahun hadapan. Kenyataan Johnson dibuat beberapa jam selepas kenyataan, Joe Biden untuk menyumbang 500 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech. Sidang Kemuncak G7 akan bermula hari ini, 11 Jun. Jelas Johnson, United Kingdom akan menyumbang sekurang kurangnya 100 juta dos lebihan kepada negara-negara miskin. Beliau turut meminta para pemimpin…
Read MoreOlimpik: Cadang tamat darurat Tokyo
JEPUN mempertimbangkan menamatkan darurat di Tokyo dan beberapa wilayah lain seperti yang dijadualkan pada 20 Jun tetapi melaksanakan keadaan darurat separa sehingga Julai apabila sukan Olimpik bermula. Dalam tempoh keadaan darurat bulan lalu, jangkitan koronavirus di bandar Olimpik, Tokyo semakin berkurangan Bagaimanapun pihak berkuasa tetap prihatin akan penularan varian-varian lain dan tekanan berterusan ke atas sumber-sumber perubatan. Menurut laporan akhbar Mainichi pada Jumaat 11 Jun, pemerintah akan mengarah restoran-restoran untuk memendekkan waktu operasi dan melaksanakan sekatan lain di bawah keadaan darurat separa itu. Buat masa ini, tempat-tempat minuman keras dan…
Read MoreAzam bayar hutang
Dua kes baharu Brunei Darussalam
BRUNEI DARUSSALAM merekodkan dua kes baharu Covid-19, kedua-duanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 248 kes dan kematian kekal tiga orang. Menurut Kementerian Kesihatan, kes 247 adalah seorang lelaki berusia 33 tahun yang tiba dari Indonesia manakala kes 248, seorang lelaki berusia 38 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur. Dalam kenyataan semalam, kedua-dua kes individu tiba di Brunei Darussalam pada 28 Mei 2021 tanpa menunjukkan simptom dan hasil siasatan yang dilakukan mendapati tiada kontak rapat selepas mereka dikuarantin sejurus tiba. Setakat semalam, tiga kes sembuh direkodkan menjadikan 239 pesakit pulih manakala…
Read MoreMaro…SPM norma baharu
Biden ajak dunia sumbang vaksin
WASHINGTON: Menjelang Sidang Kemuncak G7,Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengajak pemimpin dunia menderma vaksin Covid-19 kepada negara-negara yang kurang berkemampuan. Langkah itu, kata Biden, akan menamatkan segera pandemik yang melanda dunia ketika ini. Semalam, Biden mengumumkan AS akan menderma 500 juta dos vaksin dalam tempoh dua tahun. AS akan membeli setengah bilion dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada hampir 100 negara yang terdesak memerlukannya dalam perang menentang pandemik ini. “Ini adalah satu langkah bersejarah, pembelian terbesar oleh sebuah negara. “Ini adalah vaksin mRNA yang terbukti sangat berkesan ke atas…
Read MoreKadar R-naught susut ke 0.91
PUTRAJAYA 11 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut. Angka itu susut ke 0.91 pada Khamis berbanding 0.94 hari sebelumnya. Bagaimanapun, 12 negeri masih mencatat kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.15 diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak yang merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi angka 1.0. Sementara itu, Putrajaya, Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0. Begitu juga Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah…
Read MoreBerita pilihan…cuai punca nahas
Media Hari Ini 11.06.2021
Singapura longgar sekatan
SINGAPURA 10 Jun – Mulai Isnin, 14 Jun, Singapura akan memasuki Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) yang menyaksikan beberapa sekatan dilonggarkan termasuk had perhimpunan sosial ditambah daripada dua kepada lima orang. Republik ini memasuki Fasa Dua dari 16 Mei hingga 13 Jun untuk mengurangkan peningkatan kes jangkitan dalam masyarakat. Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) Gan Kim Yong berkata, sepanjang beberapa minggu lalu, jumlah kes Covid-19 yang berkaitan dan tidak berkaitan telah menurun secara progresif. Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, kluster baharu juga semakin kurang dan umumnya melibatkan kluster kecil. “Rutin…
Read More