Kes di Selangor naik semula

PUTRAJAYA  11 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali semula melepasi 6,000 kes dengan Selangor turut kembali merekodkan lebih 2,000 kes iaitu 2,558 selepas mencatatkan 1,510 kes semalam.

Kes harian seluruh negara yang direkodkan hari ini adalah 6,849 berbanding 5,671 semalam.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 884 kes berbanding 769 semalam diikuti Sarawak 699 (631) dan Negeri Sembilan 685 (593).

Turut mencatatkan kenaikan adalah Pulau Pinang 205 (166), Wilayah Persekutuan Labuan 176 (106) dan Perak 161 (143).

Negeri yang mencatatkan penurunan kes adalah  Johor 426 (524), Sabah 309 (350), Kelantan 248 (262), Melaka 170 (184), Kedah 161 (309), Pahang 89 (112), Terengganu 66 (108), Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 (18) dan Perlis 2 (3).

Related posts

Leave a Comment