14 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Dis. – Selepas merekodkan lima kes jangkitan harian Covid-19 yang terendah semalam, Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 14 kes serta satu kluster (kediaman) baharu dengan tiga kes. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,362 dengan 97 kluster aktif. Katanya, terdapat tambahan lapan kes baharu pada empat kluster aktif yang sedia ada, pada hari ini, yang merupakan kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Menurut beliau, tiga kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari manakala terdapat…

Read More

Filipina catat 360 kes baharu

MANILA 13 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 360 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,803. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 519 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,775,379 orang pulih. Sementara itu, 61 orang dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 50,341 orang. Sementara itu kes aktif pula sebanyak 11,083 kes turun sedikit berbanding 11,255 yang direkodkan semalam.

Read More

Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 13 Dis. – Thailand terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian hari ini apabila merekodkan 3,398 kes baharu berbanding 3,787 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,172,044 kes. Daripada jumlah kes hari ini, terdapat 3,396 kes dalam kalangan penduduk termasuk 20 kes import dan dua dalam kalangan banduan. Sebelum ini Thailand merekodkan 4,079 kes harian pada 11 Disember dan 4,193 (10 Dis.) dan 4,203 (9 Dis.). Sebanyak 23 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 21,194 orang meninggal dunia akibat Covid-19 manakala 5,467 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam.…

Read More

Kes harian Malaysia turun lagi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan untuk hari kedua apabila merekodkan 3,504 kes berbanding 3,490 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 2,695,143. Semalam, buat pertama kali sejak Mei lalu, Malaysia merekodkan kes harian baharu di bawah 4,000, iaitu 3,490. Kali terakhir negara mencatatkan kes bawah 4,000 ialah pada 11 Mei lalu dengan 3,973 kes. Sebelum ini pada 11 Disember, kes jangkitan yang direkodkan adalah 4,626 berbanding pada hari sebelumnya 5,058.

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 0.95

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.95 berbanding 0.97, pada hari sebelumnya. Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan empat negeri melepasi 1.00 didahului Melaka 1.02, Pulau Pinang 1.01, Negeri Sembilan 1.01 dan Pahang 1.00. Ini diikuti Perak, Terengganu dan Johor yang masing-masing merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan masing-masing 0.98, Kelantan dan Selangor masing-masing 0.97. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.95 adalah Kedah 0.94, Sabah 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.83 dan Sarawak 0.72. Perlis pula merekodkan tujuh…

Read More

Britain cepatkan dos penggalak

LONDON: Britain berusaha mempercepatkan program dos penggalak di negara itu.ketika Perdana Menteri Britain Boris Johnson memberi amaran negara itu kini berdepan gelombang jangkitan varian Omicron. “Tiada siapa yang perlu ragu-ragu berlakunya gelombang Omicron dan kini jelas bahawa dua dos vaksin tidak mencukupi untuk memberikan tahap perlindungan yang kita semua perlukan,” katanya di Downing Street. Beliau memberi amaran itu beberapa jam selepas para saintis Britain menaikkan tahap amaran Covid-19 kepada 4 mengikut skala 5 mata. Menurut Johnson, program dos penggalak perlu bergerak lebih pantas kerana para saintis belum menentukan tahap penularan Omicron…

Read More

PM Johnson didakwa langgar SOP

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson dikecam baru-baru ini atas dakwaan melanggar sekatan koronavirus selepas muncul satu gambar beliau berada di satu acara sambutan Krismas pada tahun lalu. Johnson dikritik hebat dan digesa supaya meletak jawatan susulan dakwaan terbabit dalam majlis keramaian Downing Street yang dianjurkan pada 18 Disember 2020. Beliau berulang kali berkata beliau diberi jaminan bahawa majlis itu mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang dilaksanakan pada ketika itu dan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan. Bagaimanapun Sunday Mirror menerbitkan gambar yang menurut Johnson diambil tiga hari sebelum majlis itu diadakan, di…

Read More

Kematian di AS cecah 800,000

JUMLAH kematian berkaitan koronavirus di Amerika Syarikat (AS) mencecah 800,000 pada Ahad, 12 Disember ketika negara itu bersiap sedia berdepan kemungkinan lonjakan dalam kes jangkitan. AS bersiap sedia menghadapi situasi lonjakan berikutan oleh lebih banyak masa terluang di rumah disebabkan cuaca sejuk dan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit. Walaupun vaksin boleh diperoleh dengan mudah, negara itu kehilangan banyak nyawa disebabkan virus tersebut pada tahun ini berbanding 2020 disebabkan oleh varian Delta yang mudah berjangkit dan orang ramai enggan mendapatkan vaksin. Sejak permulaan tahun ini, lebih 450,000 orang di AS…

Read More

97.3 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Seramai 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.7 peratus atau 23,096,370 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,498,888 daripada populasi keseluruhan atau 78.1 peratus lengkap divaksinasi manakala 25,921,599 individu atau 79.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,724,110 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 89.7 peratus atau 2,825,229 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu sebanyak 3,663,587 individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19 setakat semalam. Pada Ahad semalam, daripada…

Read More