Filipina catat 360 kes baharu

MANILA 13 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 360 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,803.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 519 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,775,379 orang pulih.

Sementara itu, 61 orang dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 50,341 orang.

Sementara itu kes aktif pula sebanyak 11,083 kes turun sedikit berbanding 11,255 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment