PUTRAJAYA 12 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.95 berbanding 0.97, pada hari sebelumnya.
Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan empat negeri melepasi 1.00 didahului Melaka 1.02, Pulau Pinang 1.01, Negeri Sembilan 1.01 dan Pahang 1.00.
Ini diikuti Perak, Terengganu dan Johor yang masing-masing merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan masing-masing 0.98, Kelantan dan Selangor masing-masing 0.97.
Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.95 adalah Kedah 0.94, Sabah 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.83 dan Sarawak 0.72.
Perlis pula merekodkan tujuh kes.
