Kes harian Malaysia turun lagi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan untuk hari kedua apabila merekodkan 3,504 kes berbanding 3,490 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 2,695,143.

Semalam, buat pertama kali sejak Mei lalu, Malaysia merekodkan kes harian baharu di bawah 4,000, iaitu 3,490.

Kali terakhir negara mencatatkan kes bawah 4,000 ialah pada 11 Mei lalu dengan 3,973 kes.

Sebelum ini pada 11 Disember, kes jangkitan yang direkodkan adalah 4,626 berbanding pada hari sebelumnya 5,058.

Related posts

Leave a Comment