Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 13 Dis. – Thailand terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian hari ini apabila merekodkan 3,398 kes baharu berbanding 3,787 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,172,044 kes.

Daripada jumlah kes hari ini, terdapat 3,396 kes dalam kalangan penduduk termasuk 20 kes import dan dua dalam kalangan banduan.

Sebelum ini Thailand merekodkan 4,079 kes harian pada 11 Disember dan 4,193 (10 Dis.) dan 4,203 (9 Dis.).

Sebanyak 23 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 21,194 orang meninggal dunia akibat Covid-19 manakala 5,467 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam. Jumlah kumulatif  sembuh  2,101,326.

Sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat 2,172,044 kes direkodkan dan daripada jumlah itu, 2,101,326 dilaporkan sembuh dengan 21,194 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), umur individu yang meninggal dunia adalah antara 43 ke 87 tahun.

Bangkok merekodkan 604 kes baharu , diikuti 200 kes di Nakhon Si Thammarat, Songkhla 150, Chan Buri 129 , Surat Thani 118, Prachuap Khiri Khan 105, Ayutthaya 94, Chiang Mai 85 dan 72 setiap satu di Pattani dan Trang.

Kes import pula melibatkan Perancis (3), Rusia (4), Ukraine (1), United Kingdom (3), Amerika Syarikat (1), Jerman  (2), Denmark (1), Switzerland (1), Jepun  (1) dan Laos (3).

Semalam, 49,524 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,061 pesakit dalam keadaan serius dan 307 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment