PM Johnson didakwa langgar SOP

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson dikecam baru-baru ini atas dakwaan melanggar sekatan koronavirus selepas muncul satu gambar beliau berada di satu acara sambutan Krismas pada tahun lalu.

Johnson dikritik hebat dan digesa supaya meletak jawatan susulan dakwaan terbabit dalam majlis keramaian Downing Street yang dianjurkan pada 18 Disember 2020.

Beliau berulang kali berkata beliau diberi jaminan bahawa majlis itu mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang dilaksanakan pada ketika itu dan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan.

Bagaimanapun Sunday Mirror menerbitkan gambar yang menurut Johnson diambil tiga hari sebelum majlis itu diadakan, di sebuah “kuiz maya” untuk para kakitangannya, di mana empat pasukan seramai enam individu mengambil bahagian untuk mengumpul dana bagi badan amal.

Pada masa itu, jamuan tengah hari dan pesta sambutan Krismas merupakan “kegiatan sosial” yang dilarang ketika itu Britain salah satu negara yang terjejas teruk oleh Covid-19 – menangani lonjakan dalam jumlah kes varian Delta.

Related posts

Leave a Comment