Kematian di AS cecah 800,000

JUMLAH kematian berkaitan koronavirus di Amerika Syarikat (AS) mencecah 800,000 pada Ahad, 12 Disember ketika negara itu bersiap sedia berdepan kemungkinan lonjakan dalam kes jangkitan.

AS bersiap sedia menghadapi situasi lonjakan berikutan oleh lebih banyak masa terluang di rumah disebabkan cuaca sejuk dan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.

Walaupun vaksin boleh diperoleh dengan mudah, negara itu kehilangan banyak nyawa disebabkan virus tersebut pada tahun ini berbanding 2020 disebabkan oleh varian Delta yang mudah berjangkit dan orang ramai enggan mendapatkan vaksin.

Sejak permulaan tahun ini, lebih 450,000 orang di AS meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19, atau 57 peratus daripada kesemua kes kematian di AS angkara virus itu sejak permulaan pandemik.

Kes kematian tahun ini sebahagian besarnya berlaku dalam kalangan pesakit belum divaksin.

Jumlah kematian meningkat walaupun terdapat kemajuan dalam rawatan pesakit dan pilihan rawatan baharu seperti antibodi monoklonal.

Related posts

Leave a Comment