Nasi kerabu

MENYOROK apa hari ini? Dari Pantai Timur, antara yang istimewa adalah Nasi Kerabu. Ia merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam percik, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Ada juga keropok goreng. Kini nasi kerabu boleh didapati di seluruh negara. Gambar tertera adalah di Restoran Dapur Kak Sarni Bandar Seri Putra

Read More

Rawatan antibodi Ronapreve lulus

PUTRAJAYA 14 Dis. – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-367 yang bersidang semalam bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi rawatan antibodi Ronapreve untuk pesakit Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Ronapreve mengandungi bahan aktif Casirivimab dan Imdevimab pada kekuatan 120mg/ml. Katanya, Ronapreve digunakan bagi rawatan Covid-19 pada individu dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram, tidak memerlukan oksigen tambahan atau berisiko dijangkiti Covid-19 ke tahap yang lebih teruk. Dalam kenyataannya hari ini, pemegang pendaftaran bagi ubat ini ialah Roche…

Read More

97.3 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 14 Dis. – Sebanyak 97.3 peratus atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Menurut data melalui laman COVIDNOW, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 78.1 peratus atau 25,515,074 individu daripada populasi keseluruhan menerima vaksinasi lengkap manakala 79.4 peratus atau 25,929,544 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 3,787,928 individu pula telah menerima dos penggalak. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan…

Read More

29 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  30,908 orang, daripada 2.68 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 29 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian yang dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Sementara itu, terdapat 57,926 kes aktif Covid-19 di seluruh…

Read More

Kematian pertama Omicron di UK

UNITED Kingdom (UK) merekodkan kematian pertama melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron, kata Perdana Menterinya, Boris Johnson semalam, Isnin.. Menurut beliau, sekitar 40 peratus jangkitan di ibu kotanya, London adalah disebabkan varian berkenaan sejak ia dikesan pada 27 November yang lalu. Malangnya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan meninggal dunia akibat Omicron dan melihat virus ini semakin serius. “Ini perkara yang perlu kita ambil kira dan kita ikuti fasa penularannya dalam kalangan populasi kita,” katanya. Ujarnya, penularan Omicron diibaratkan seperti satu perlumbaan antara pemberian vaksin Covid-19 yang perlu dipercepatkan. “Sejak kita mengenal pasti…

Read More

Kes harian Singapura turun

SINGAPURA 13 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 339 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 370 yang direkodkan semalam. Sebanyak 318 adalah kes baharu dalam masyarakat, enam kes di asrama pekerja asing dan 15 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 273,701 kes. Sebanyak empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 798 orang. Sementara itu, seramai 575 pesakit masih dirawat di hospital, 87 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tiga dipantau di ICU dan 30 sakit tenat di ICU manakala…

Read More

Arab Saudi catat 64 kes baharu

RIYADH 13 Dis. – Arab Saudi merekodkan 64 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 51 kes yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding satu kematian semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi adalah 550,304 dengan kematian pula 8,855 orang. Sebanyak 77 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 539,554 orang pulih. Sementara itu, daripada keseluruhan kes aktif, sebanyak 31 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

1.3 juta keluarga Singapura terima baucar

SINGAPURA 13 Dis. – Seramai 1.3 juta keluarga Singapura akan menerima baucar bernilai S$100 dalam bentuk digital yang boleh digunakan di pusat penjaja serta kedai-kedai di kawasan kejiranan yang mengambil bahagian dalam skim tersebut. Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan skim baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$130 juta itu dengan harapan ia satu “sumbangan muhibah yang akan membangkitkan semangat ketika masa sukar ini”. Katanya, baucar ini adalah untuk menzahirkan penghargaan Pemerintah atas perpaduan semua orang tatkala tempoh mencabar ini. “Baucar ini juga dapat membantu menampung perbelanjaan harian – makanan,…

Read More