97.3 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 13 Dis. – Seramai 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.7 peratus atau 23,096,370 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,498,888 daripada populasi keseluruhan atau 78.1 peratus lengkap divaksinasi manakala 25,921,599 individu atau 79.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,724,110 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 89.7 peratus atau 2,825,229 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu sebanyak 3,663,587 individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Pada Ahad semalam, daripada 67,376 dos yang diberikan, sebanyak 63,899 adalah dos penggalak, 1,472 dos satu dan 2,005 dos lengkap. Secara keseluruhan, setakat ini sebanyak 54,891,289 dos diberikan.

Related posts

Leave a Comment