BERAKAS 16 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan empat kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,376, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar. Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,913 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.1 peratus. Dr. Md Isham berkata, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes di dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan…
Read More355 kes baharu Singapura
SINGAPURA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 355 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 274,972. Daripada 355 kes, sebanyak 315 adalah kes dalam masyarakat, sembilan kes di asrama pekerja asing, dan 31 kes import. Satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 808 meninggal dunia. Sementara itu 504 pesakit masih dirawat di hospital di mana 68 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat dipantau di ICU dan 30 sakit tenat di ICU manakala 847 pesakit dibenarkan pulang. Mengenai vaksinasi,…
Read MoreKes harian Malaysia meningkat
PUTRAJAYA 16 Dis. – Bilangan kes harian Covid-19 meningkat sedikit hari ini iaitu 4,262 berbanding 3,900 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,707,402 kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia. Katanya, 4,226 kes adalah penularan tempatan iaitu 4,041 warganegara (95.6 peratus) dan 185 pesakit lagi bukan warganegara (4.4 peratus) manakala 29 daripada 36 kes import adalah kalangan rakyat Malaysia. Daripada 4,262 kes hari ini, sebanyak 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 4,184 kes (98.2 peratus)…
Read MoreKilang dipercayai punca pencemaran
SHAH ALAM 16 Dis. – Sebuah kilang selenggara jentera berat dipercayai menjadi punca pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih (Jenderam Hilir), awal pagi tadi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat mengenai pencemaran itu daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada pukul 8.45 pagi. Beliau berkata, siasatan LUAS berhampiran sebuah premis kilang yang menyelenggara jentera berat mengesan pelepasan efluen mengandungi air basuhan termasuk cecair seperti minyak yang disyaki mengalir ke pembentung sebelum…
Read MoreVaksinasi sahaja tidak mampu lawan Omicron
STOCKHOLM: Agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU), Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) memberi amaran vaksinasi tidak akan menghentikan penularan varian Omicron, sebaliknya tindakan segera diperlukan. Pengarah ECDC, Andrea Ammon, berkata dalam keadaan semasa, vaksinasi saja tidak dapat menghalang kesan varian Omicron kerana masih ada lagi mereka yang belum divaksinasi. Katanya, tindakan tegas dengan segera perlu diambil untuk mengurangkan penularan dan meringankan beban pada sistem penjagaan kesihatan serta melindungi golongan rentan. “Terdapat tanda-tanda bahawa penularan komuniti sudah berlaku di negara EU dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan menunjukkan penularan pantas…
Read MoreKes Omicron pertama di Jakarta
JAKARTA 16 Dis. – Indonesia mengenal pasti kes pertama varian Omicron Covid-19 yang dikesan pada seorang kakitangan hospital Wisma Atlet di Jakarta semalam, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin hari ini. Kakitangan itu tidak menunjukkan sejarah perjalanan ke luar negara dan setakat ini, tidak terdapat jangkitan dalam masyarakat. Bagaimanapun pihaknya mengesyaki lima kes Omicron, termasuk dua warga Indonesia yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan tiga warga China yang sedang menjalani kuarantin di Manado, Sulawesi Utara. Katanya, pemerintah sedang menantikan keputusan penjujukan genom untuk mengenal pasti kes-kes tersebut. Varian Omicron,…
Read MoreSantuni rakyat
SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama peniaga-peniaga dan orang ramai selepas santapan tengah hari di restoran KFC Jalan Ipoh, hari ini.
Read MoreKes Omicron dari Lagos dikesan
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan kes Covid-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, warganegara yang menetap di Lagos, Nigeria, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19 dua hari selepas itu. Pesakit kemudiannya disahkan dijangkiti varian Omicron pada 14 Disember lalu, selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melakukan jujukan penuh genom. Pesakit tidak mempunyai gejala dan kini menjalani…
Read MoreSinovac tanpa penggalak tidak lengkap
PUTRAJAYA 16 Dis. – Semua penerima dos lengkap vaksin Covid-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan. “Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap. “Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan…
Read MoreSaf, beri masa beberapa minggu lagi
PUTRAJAYA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan memerlukan tempoh masa beberapa minggu lagi sebelum mengeluarkan nasihat berhubung kebenaran merapatkan saf bagi jemaah di masjid. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, tempoh masa itu diperlukan pihaknya untuk memantau dahulu kesan gelombang Omicron sebelum mengeluarkan nasihat berhubung isu saf di masjid. Beliau berkata, sehingga kini KKM masih lagi memperhalusi permintaan daripada pelbagai pihak bagi merapatkan saf di masjid sebelum mengeluarkan nasihat mengenai perkara itu. “Ia memang dalam perhatian KKM dan kita sangat prihatin dengan perkara ini bukan kita tidak mahu membenarkan cuma kalau boleh…
Read More