355 kes baharu Singapura

SINGAPURA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 355 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 274,972.

Daripada 355 kes, sebanyak 315 adalah kes dalam masyarakat, sembilan kes di asrama pekerja asing, dan 31 kes import.

Satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 808 meninggal dunia.

Sementara itu 504 pesakit masih dirawat di hospital di mana 68 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat dipantau di ICU dan 30 sakit tenat di ICU manakala 847 pesakit dibenarkan pulang.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak, mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment