PUTRAJAYA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan memerlukan tempoh masa beberapa minggu lagi sebelum mengeluarkan nasihat berhubung kebenaran merapatkan saf bagi jemaah di masjid.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, tempoh masa itu diperlukan pihaknya untuk memantau dahulu kesan gelombang Omicron sebelum mengeluarkan nasihat berhubung isu saf di masjid.
Beliau berkata, sehingga kini KKM masih lagi memperhalusi permintaan daripada pelbagai pihak bagi merapatkan saf di masjid sebelum mengeluarkan nasihat mengenai perkara itu.
“Ia memang dalam perhatian KKM dan kita sangat prihatin dengan perkara ini bukan kita tidak mahu membenarkan cuma kalau boleh bagi kita tempoh masa beberapa minggu lagi.
“Kita nak melihat kesan gelombang Omicron sebelum kita boleh keluarkan nasihat untuk disembah bagi perkenan Raja-Raja Melayu,” katanya pada sidang media, di Parlimen, di sini
“Kita nak melihat kesan gelombang Omicron sebelum kita boleh keluarkan nasihat untuk disembah bagi perkenan Raja-Raja Melayu,” katanya pada sidang media, di Parlimen, haei ini.