Covid-19 tidak akan hilang

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran Covid-19 tidak akan hilang dan dunia tidak akan dapat mengalahkan pandemik itu dengan kaedah yang tidak diselaraskan. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, vaksin sahaja tidak akan menghapuskan wabak itu sebaliknya vaksin mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi majoriti yang mendapatnya dan memperlahankan penyebaran. “Tetapi penularan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Dan ini didorong oleh ketidaksamaan vaksin, keraguan dan rasa berpuas hati,” katanya. Guterres membuat kenyataan itu dalam perutusan akhir tahun pada Khamis. Diplomat PBB itu menambah “sudah menjadi jelas bahawa…

Read More

Omicron merebak lebih pantas

WASHINGTON 17 Dis. – Presiden Joe Biden memberi amaran semalam bahawa varian Covid-19, Omicron, akan “mula merebak jauh lebih pantas” di Amerika Syarikat, sambil menggesa rakyatnya mendapatkan vaksin atau dos penggalak. “Satu-satunya perlindungan sebenar adalah dengan mendapatkan vaksinasi,” katanya, sambil meramalkan “musim sejuk penyakit yang teruk dan kematian” bagi mereka yang tidak divaksin. Biden turut menekankan betapa pentingnya penduduk Amerika yang sudah divaksin mendapatkan dos penggalak dan bagi mereka yang belum divaksin pula, seharusnya mendapatkan suntikan dos pertama. Sejurus sebelum itu, timbalan jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre membayangkan bahawa pentadbiran…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 17 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.90 berbanding 0.92 pada hari sebelumnya. Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Terengganu 0.99, Wilayah Persekutuan Labuan 0.98, Perak 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Melaka 0.96, Johor 0.96, Selangor 0.95, Kedah 0.93 dan Perlis 0.93. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.90 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86, Kelantan 0.86, Sabah 0.83 dan Sarawak 0.75.

Read More

Diterima menghadap

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula pukul 8 pagi. Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Read More

Lonjakan kes beri tekanan perkhidmatan

LONDON 17 Dis. – Kes baharu Covid-19 di Britain mencecah rekod tertinggi untuk hari kedua berturut-turut semalam disebabkan varian Omicron yang merebak pantas. Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty, memberi amaran kemasukan ke hospital harian juga boleh mencecah kemuncak baharu. Britain melaporkan 88,376 jangkitan baharu, tertinggi sejak permulaan wabak itu dan meningkat sekitar 10,000 sejak rekod sebelumnya dicatatkan pada Rabu. Whitty berkata, lonjakan kes memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan yang bergelut dengan kekurangan kakitangan. Omicron sangat mudah menular sehinggakan walaupun ia terbukti lebih ringan daripada varian lain, ia masih boleh…

Read More

22,805,239 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 97.4 peratus atau 22,805,239 individu daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 78.2 peratus atau 25,537,512 individu daripada keseluruhan populasi lengkap vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,946,269 individu mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Pada masa sama, 86.8 peratus atau 2,732,273 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus…

Read More

37 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 37 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan termasuk empat kes di luar kemudahan kesihatan (BID) setakat tengah malam tadi. Pulau Pinang mencatatkan P kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti masing-masing empat kes di Johor, Kedah, Perak dan Terengganu. Tiga kematian pula direkodkan masing-masing di Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing dua kes. Kelantan dan Melaka hanya mencatatkan satu kematian, sementara Perlis, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Putrajaya sifar kematian. Setakat tengah malam tadi, kadar penggunaan katil hospital di beberapa negeri…

Read More

Sekatan 16 hari di Korea Selatan

SEOUL: Mulai esok, Sabtu, Korea Selatan mengenakan sekatan Covid-19 paling ketat susulan kenaikan secara mendadak kes positif,  kematian akibat varian Delta dan unit rawatan rapi (ICU) di negara itu hampir penuh dengan pesakit. Menteri Kesihatan, Kwon Deok-cheolm berkata, sekatan termasuk mengehadkan perhimpunan orang ramai yang telah mendapat vaksin penuh serta sekatan di restoran bagi mereka yang belum divaksin sepenuhnya. Hanya empat individu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan berkumpul manakala individu yang belum mendapat vaksin diarah makan seorang diri di restoran. Bagaimanapun arahan ini tidak dikenakan terhadap individu berusia 18…

Read More