Brunei catat empat kes baharu.

BERAKAS 16 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan empat kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,376, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar.

Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,913  jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.1 peratus.

Dr. Md Isham berkata, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes di dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

Bagaimanapun satu kes adalah dalam Kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif).

Katanya, tidak ada kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dalam masa 24 jam yang lalu.

Sebanyak 12 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 15,058 dengan jumlah kes aktif sebanyak 218.

Mengenai vaksinasi, setakat 15 Disember, kadar keseluruhan penduduk yang menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos adalah 94.3 peratus manakala 9.1.3 peratus menerima dua dos.

Related posts

Leave a Comment