Kes Omicron pertama di Jakarta

JAKARTA 16 Dis. – Indonesia mengenal pasti kes pertama varian Omicron Covid-19 yang dikesan pada seorang kakitangan hospital Wisma Atlet di Jakarta semalam, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin hari ini.

Kakitangan itu tidak menunjukkan sejarah perjalanan ke luar negara dan  setakat ini, tidak terdapat jangkitan dalam masyarakat.

Bagaimanapun pihaknya mengesyaki lima kes Omicron, termasuk dua warga Indonesia yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan tiga warga China yang sedang menjalani kuarantin di Manado, Sulawesi Utara.

Katanya, pemerintah sedang menantikan keputusan penjujukan genom untuk mengenal pasti kes-kes tersebut.

Varian Omicron, yang dikesan di Afrika Selatan dan Hong Kong buat pertama kali bulan lalu, sudah dikesan di 77 negara, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Related posts

Leave a Comment