Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 16 Dis. – Bilangan kes harian Covid-19 meningkat sedikit hari ini iaitu 4,262 berbanding 3,900 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,707,402 kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia.

Katanya, 4,226 kes adalah penularan tempatan iaitu 4,041 warganegara (95.6 peratus) dan 185 pesakit lagi bukan warganegara (4.4 peratus) manakala 29 daripada 36 kes import adalah kalangan rakyat Malaysia.

Daripada 4,262 kes hari ini, sebanyak 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 4,184 kes (98.2 peratus) membabitkan kategori 1 dan 2.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 383 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 198 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama, enam kluster jangkitan baharu Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan keseluruhan 6,062 kluster dengan 5,814 kluster sudah ditamatkan dan 248 kluster masih aktif.

Beliau berkata, sebanyak 4,985 kes sembuh dilaporkan, menjadikannya sejumlah 2,620,147 kes pulih atau 96.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment