LONDON 16 Dis. – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengulangi gesaan supaya rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 susulan penularan varian Omicron ke seluruh negara itu. Johnson memberitahu pemberita di Downing Street bahawa kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat 10 peratus secara nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London. Gelombang Omicron terus melanda seluruh United Kingdom dengan lebih 78,000 kes Covid-19 hari ini, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan. Johnson bimbang melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu…
Read MoreDos penggalak pertahanan terbaik
WASHINGTON : Dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron, kata Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci. Justeru, rakyat Amerika Syarikat (AS) digesa untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19. Menurut Dr Fauci, varian Omicron sudah pasti menjejaskan kesan antibodi daripada dua dos vaksin mRNA dan mengurangkan perlindungan keseluruhan. Walau bagaimanapun, perlindungan yang cukup besar masih ada terhadap jangkitan yang teruk. “Kajian awal in-vitro dan klinikal yang saya nyatakan menunjukkan bahawa dos penggalak menyusun semula titer antibodi dan meningkatkan perlindungan vaksin terhadap Omicron. “Dan akhirnya,…
Read MoreBerita pilihan
Sinovac perlindungan lebih rendah
SINGAPURA 16 Dis. – Penerima dua dos vaksin Covid-19 Sinovac mempunyai perlindungan lebih rendah terhadap penyakit teruk akibat varian Delta. Satu kajian di Singapura mendapati mereka yang disuntik dengan vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech atau Moderna mempunyai perlindungan lebih tinggi. Kajian itu meneliti data lebih 1.2 juta orang berusia 40 tahun dan ke atas yang telah lengkap divaksin. Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan pasukan Pengurusan dan Analitik Data di bawah Kementerian Kesihatan (MoH), yang menjalankan kajian itu mendapati bahawa dua dos vaksin Sinovac adalah 60 peratus berkesan terhadap penyakit…
Read More33 lagi kematian Covid-19
PUTRAJAYA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 33 lagi kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi, dengan empat daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Menurut KKM, kes kematian semalam menyumbang kepada 30,989 kes kematian akibat Covid-19 setakat ini di Malaysia, dengan 6,270 mangsa adalah kes BID. Tujuh kematian dilaporkan di Terengganu diikuti Kelantan dan Selangor masing-masing lima, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing empat, Johor dan Kedah masing-masing tiga serta dua di Pahang. Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan…
Read MoreMedia Hari Ini 16.12.2021
Sembilan kes masuki fasa endemik
BERAKAS 15 Dis. – Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini memasuki fasa endemik dengan merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 15,372. Jumlah itu menunjukkan peningkatan kes berbanding semalam, NBD mencatatkan satu kes Covid-19, angka terendah sejak gelombang kedua penularan wabak tersebut menular pada awal Ogos tahun ini. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar pada sidang media hari ini berkata, kes jangkitan hari ini adalah hasil daripada 3,781 ujian makmal yang dijalankan dalam tempoh 24 jam. Tiada kes dalam kategori 4 dan satu kes kategori 5 dilaporkan manakala tiada…
Read MoreKes di Thailand meningkat semula
BANGKOK 15 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan semula apabila merekodkan 3,370 kes baharu berbanding 2,862 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,178,276. Pada masa yang sama 29 kematian dilaporkan berbanding 37 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 21,260 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,259 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 111 dalam kalangan banduan penjara. Bangkok merekodkan 583 kes baharu diikuti Chon Buri 172, Nakhon Si Thammarat 150, Samut Prakan 140, Songkhla 135, Pattani 117, Surat Thani 97, Chiang…
Read MoreOmicron kini di 77 negara
GENEVA 15 Dis. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara di seluruh dunia mengambil tindakan segera selepas Omicron mula merebak pantas di kebanyakan negara, kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau berkata, varian itu kini dilaporkan menular di 77 negara dan kemungkinan sudah merebak ke kebanyakan negara tanpa dikesan pada kadar yang tidak pernah dilihat mana-mana varian sebelum ini. WHO semalam memberi amaran supaya berwaspada apabila Afrika mencatatkan peningkatan kes sepanjang minggu lalu, tetapi jumlah kematian yang lebih rendah berbanding gelombang sebelumnya. Badan dunia itu menggesa semua negara bertindak pantas…
Read MoreFilipina tambah 237 kes baharu
MANILA 15 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 237 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,915. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 565 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,776,273 orang pulih daripada Covid-19. Sementara itu jumlah kematian meningkat kepada 50,449 orang apabila 100 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula turun sedikit kepada 10,193 berbanding 10,526 yang dilaporkan semalam.
Read More