37 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 37 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan termasuk empat kes di luar kemudahan kesihatan (BID) setakat tengah malam tadi.

Pulau Pinang mencatatkan P kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti masing-masing empat kes di Johor, Kedah, Perak dan Terengganu.

Tiga kematian pula direkodkan masing-masing di Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

Kelantan dan Melaka hanya mencatatkan satu kematian, sementara Perlis, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Putrajaya sifar kematian.

Setakat tengah malam tadi, kadar penggunaan katil hospital di beberapa negeri berada pada paras kategori merah, iaitu lebih 70 peratus daripada kapasiti.

Mengikut laman sesawang COVIDNOW, kadar penggunaan katil hospital di Kelantan adalah yang tertinggi berbanding negeri lain iaitu 83.2 peratus, disusuli Melaka (80.7 peratus), Terengganu (79.6 peratus), Kedah (78.7 peratus), Perak (75 peratus) dan Johor (71.6 peratus).

Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang mencatatkan kadar penggunaan katil hospital di paras antara 60 hingga 69 peratus, manakala Kuala Lumpur serta Putrajaya bawah 59 peratus.

Wilayah Perkutuan Labuan merekodkan kadar terendah, iaitu 42.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment