Sekatan 16 hari di Korea Selatan

SEOUL: Mulai esok, Sabtu, Korea Selatan mengenakan sekatan Covid-19 paling ketat susulan kenaikan secara mendadak kes positif,  kematian akibat varian Delta dan unit rawatan rapi (ICU) di negara itu hampir penuh dengan pesakit.

Menteri Kesihatan, Kwon Deok-cheolm berkata, sekatan termasuk mengehadkan perhimpunan orang ramai yang telah mendapat vaksin penuh serta sekatan di restoran bagi mereka yang belum divaksin sepenuhnya.

Hanya empat individu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan berkumpul manakala individu yang belum mendapat vaksin diarah makan seorang diri di restoran.

Bagaimanapun arahan ini tidak dikenakan terhadap individu berusia 18 tahun ke bawah.

Pada Khamis, sebanyak 7,622 kes positif baharu dilaporkan, dan 989 pesakit dalam keadaan kritikal.

Di ibu negara Seoul, penggunaan ICU bagi pesakit COVID-19 mencecah 86 peratus dengan 989 pesakit dalam keadaan kritikal.

Lebih 890 kes kematian akibat virus itu dilaporkan pada bulan Disember, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,518.

Perdana Menteri Kim Boo-kyum pada Khamis berkata, sekatan baharu itu akan berkuat kuasa pada Sabtu selama 16 hari.

Selama tempoh tersebut, restoran, kedai kopi, pusat serta karaoke perlu ditutup operasi pada pukul 9 malam manakala panggung wayang, dewan konsert dan pusat tuisyen boleh melanjutkan operasi sehingga pukul 10 malam.

“Sekatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemampuan fasiliti kesihatan negara.

“Kami menyeru orang ramai agar segara mendapatkan vaksin Covid-19,” kata Kim.

Lebih 81 peratus daripada populasi keseluruhan telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, manakala 17 peratus telah menerima dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment