Kes baharu tinggi di Australia

MELBOURNE 18 Dis. – Australia melaporkan rekod tinggi kes baharu Covid-19 buat hari ketiga berturut-turut hari ini dengan penularan makin meluas di dua wilayah paling ramai penduduk. Wilayah New South Wales melaporkan 2,482 kes baharu , Victoria melaporkan 1,504 kes baharu manakala Queensland melaporkan 31 kes baharu hari ini, secara keseluruhannya mengatasi jumlah kes tertinggi sebelum ini di Austalia – iaitu 3,820 kes yang dicatat sehari sebelumnya. Perdana Menteri Scott Morrison menekankan bahawa perhatian sepatutnya ditumpukan kepada jumlah kemasukan ke hospital dan unit jagaan rapi (ICU) serta yang memerlukan bantuan…

Read More

Kawal kegembiraan masa pandemik

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jangan berpeluk dan bersalaman disebabkan terlalu gembira dengan kemenangan memenangi pilihan raya ketika keputusan diumumkan malam nanti. Pada masa yang sama pakai pelitup muka dengan betul dan pastikan penjarakan fizikal sentiasa dijaga ketika menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Begitulah nasihat Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam, Prof Dr Jamilah Hashim kepada semua calon dan penyokong parti politik menjelang pengumuman keputusan PRN Sarawak yang dijangka selesai malam ini. Menurutnya, dalam pilihan raya sebelum ini, meraikan kemenangan dengan cara sebegitu banyak kali dilakukan namun dalam keadaan pandemik,…

Read More

4.4 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 153,223 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah penerima setakat ini 4,430,656 orang. Dalam tempoh yang sama, 2,363 dos untuk remaja didaftarkan semalam yang meliputi 943 dos pertama dan 1,420 dos kedua. Ini menjadikan jumlah remaja yang lengkap vaksinasi adalah 2,733,768 atau 86.9 peratus dan 90 peratus atau 2,832,684 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.2 peratus atau 25,542,969 telah lengkap vaksinasi manakala 79.4 peratus atau 25,949,618 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu sebanyak 97.4 peratus atau 22,809,201 individu daripada populasi dewasa telah…

Read More

Rakyat Sarawak memilih hari ini

KUCHING 18 Dis. – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi ini dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu. Proses itu membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN itu yang akan diuruskan oleh 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada 5 petang. Bergantung kepada jumlah pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya, ada yang ditutup seawal 12 tengah hari seperti pusat…

Read More

Calon Bebas Dudong tarik diri

SIBU 18 Dis. – Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Engga Unchat, menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak), hari ini. Penarikan diri Engga, 65, dibuat menerusi surat yang ditandatangani Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Dudong, Abdul Razak Awang Bini. Surat berkenaan mula tersebar di laman sosial lewat malam tadi dan Engga dalam hantaran di akaun Facebook tengah malam tadi mengesahkan keputusan menarik diri itu. “Dengan surat ini, saya mengumumkan menarik diri sebagai calon yang akan bertanding dalam PRN-12 Sarawak. “Saya…

Read More

412 kes baharu Singapura

SINGAPURA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 412 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 275,384 dan 809 kematian. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 371 adalah kes dalam masyarakat, enam kes di asrama pekerja asing dan 35 kes import. Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.63, naik sedikit berbanding 0.60 pada Khamis(16 Dis). Sementara itu seramai 481 pesakit masih dirawat di hospital di mana 60 masih memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, dua kes dipantau…

Read More

Thailand tambah 3,537 kes baharu

BANGKOK 17 Dis. – Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, turun sedikit berbanding 3,684 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,185,497. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 41 kematian direkodkan berbanding 26 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,327 orang meninggal dunia sejak pandemik dikesan. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 3,355 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 17 kes import dan 182 dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak 5,459 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan 2,120,691 pulih daripada Covid-19. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, (CCSA), sebanyak 41…

Read More

582 kes baharu Filipina

MANILA 17 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 582 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,837,464 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 494 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 2,776,727 atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 50,570 orang apabila 74 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu kes aktif pula adalah 10,167, menunjukkan sedikit penurunan berbanding yang direkodkan semalam sebanyak 10,095 kes.

Read More

Malaysia catat 4,362 kes baharu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 4,362 kes baharu Covid-19, setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,711,764nkes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,262 semalam. Daripada jumlah yang dikesan hari ini, sejumlah 4,334 kes adalah penularan tempatan dengan 28 kes pula adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes yang dilaporkan ini membabitkan 98 peratus atau 4,273 pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan. Bakinya iaitu dua peratus bersamaan 89 kes dalam…

Read More