4.4 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 153,223 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah penerima setakat ini 4,430,656 orang.

Dalam tempoh yang sama, 2,363 dos untuk remaja didaftarkan semalam yang meliputi 943 dos pertama dan 1,420 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah remaja yang lengkap vaksinasi adalah 2,733,768 atau 86.9 peratus dan 90 peratus atau 2,832,684 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.2 peratus atau 25,542,969 telah lengkap vaksinasi manakala 79.4 peratus atau 25,949,618 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu sebanyak 97.4 peratus atau 22,809,201 individu daripada populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 98.7 peratus atau 23,116,934 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sebanyak 158,611 dos suntikan harian diberikan membabitkan 153,223 dos penggalak, 2,145 suntikan pertama dan 3,243 suntikan lengkap menjadikan jumlah keseluruhan 50,162,032 dos.

Related posts

Leave a Comment