KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jangan berpeluk dan bersalaman disebabkan terlalu gembira dengan kemenangan memenangi pilihan raya ketika keputusan diumumkan malam nanti.
Pada masa yang sama pakai pelitup muka dengan betul dan pastikan penjarakan fizikal sentiasa dijaga ketika menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Begitulah nasihat Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam, Prof Dr Jamilah Hashim kepada semua calon dan penyokong parti politik menjelang pengumuman keputusan PRN Sarawak yang dijangka selesai malam ini.
Menurutnya, dalam pilihan raya sebelum ini, meraikan kemenangan dengan cara sebegitu banyak kali dilakukan namun dalam keadaan pandemik, pematuhan terhadap SOP perlu dititikberatkan.
Bercakap dalam Buletin AWANI Khas hari ini, beliau berkata, seperti ditetapkan, patuhilah SOP yang ditetapkan termasuk setiap calon hanya dibenarkan membawa bilangan penyokong yang terhad.
“Penyokong juga, kita harap dalam kegembiraan itu, jangan berlebih-lebih. Tak kira polis atau Rela yang melarang untuk masuk, jangan lawan.
“Ada sebab mereka menetapkan sebegitu kerana jangan terlalu ramai kumpul dalam dewan itu, jaga penjarakan fizikal,” katanya
