DUN Mulu milik GPS

KUCHING 19 Dis. – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu yang tertangguh malam tadi, menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi berkenaan. Berdasarkan keputusan itu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, pencapaian terbesar di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak,  Abang Johari Abang Openg. Bagi kerusi berkenaan, GPS memperoleh 3,731 undi menerusi calonnya, Gerawat Gala menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 2,875 undi.

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 19 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.91 sama seperti pada hari sebelumnya. Tiga belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Pulau Pinang dan Pahang mendahului dengan masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Terengganu 0.99, Melaka 0.98, manakala Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 0.97, Johor 0.96, Selangor 0.95, Kedah 0.92, Kelantan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.91. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.91 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.90, Sabah 0.83, Sarawak 0.72.

Read More

Cuti kecemasan kakitangan awam

KLANG 19 Dis. – Semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir akan mendapat cuti kecemasan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Bagi  kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka. “Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri. Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan …saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan,” katanya Beliau melawat…

Read More

Tiada kerjasama PN dengan PH

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perikatan Nasional (PN) tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dibuat kerana gabungan PN yang dianggotai komponen parti Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai perbezaan dengan PH. Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata kerjasama hanya boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku rombakan besar-besaran dalam PH. Dalam bentuk kerjasama PH yang sedia ada tak mungkin, bukan kita tidak suka perpaduan kerana ada banyak…

Read More

Bersatu ada 563,524 keanggotaan

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Setakat ini, Bersatu merekodkan 563,524 orang anggota parti di seluruh negara, kata Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin. Katanya, sebanyak 5,643 cawangan telah ditubuhkan di seluruh negara, berbanding 2,960 cawangan direkodkan pada tahun lalu. Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan laporan ringkas pada Perhimpunan Agung Tahunan Kali Keempat parti itu yang diadakan secara fizikal di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini Sayap bersekutu secara rasminya telah ditubuhkan mengikut perlembagaan parti dan ia diketuai Ahli Parlimen Segamat Dr Santhara Kumar. Bagi mencerminkan keterbukaan dan pengiktirafan parti,…

Read More

Umpama banjir besar 1971

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyifatkan senario banjir yang melanda ibu negara malam tadi, seolah-olah sama dengan banjir besar yang berlaku pada 1971. Baginda bertitah, selepas 50 tahun peristiwa itu, rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia terutama pada Disember dan Januari, yang memperlihatkan impak banjir yang seperti berulang. “Saya masih meninjau keadaan semasa ke semasa dan dalam pada itu, mengingatkan semua supaya terus bersabar dan terima (musibah banjir) dengan keredaan Allah. “Jaga kesihatan dan anak-anak semua,” titah baginda selepas…

Read More

Omicron terjah 89 negara

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Omicron dikesan di 89 negara dengan bilangan kes meningkat dalam tempoh satu setengah hingga tiga hari di kawasan yang merekodkan jangkitan tempatan. Omicron dilaporkan merebak dengan pantas di negara yang mempunyai tahap imuniti penduduk tinggi, namun tidak jelas sama ada ia disebabkan keupayaan virus itu menghindari imuniti, peningkatan kebolehjangkitan yang wujud atau gabungan kedua-duanya sekali. Pada 26 November lalu, WHO mengisytiharkan Omicron sebagai varian membimbangkan (VoC), namun masih banyak lagi maklumat tidak diketahui mengenainya termasuk tahap keseriusan daripada jangkitan itu. Data yang diperoleh…

Read More

97.4 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak 97.4 peratus atau 22,811,773 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat pukul 11.59 malam tadi. Berdasarkan data melalui laman COVIDNOW, seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun pula, sebanyak 86.9 peratus atau 2,734,262 orang sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,832,995 orang atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam membabitkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488…

Read More

Keputusan DUN Mulu ditangguh

KUCHING 19 Dis. – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata masih terdapat dua peti undi yang belum diterima SPR selepas petugasnya terputus hubungan jalan darat dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan helikopter atas faktor cuaca. “Penangguhan keputusan N78 Mulu. SPR ingin memaklumkam bahawa keputusan bagi kerusi DUN terbabit tidak dapat diumumkan. “Ini mengambil kira faktor keselamatan petugas SPR jika menaiki helikopter bagi membawa peti undi berkenaan…

Read More