Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 19 Dis. – Thailand terus menunjukkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 2,899 kes baharu berbanding 3,132 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,191,528 kes.

Bagi tempoh yang sama, 22 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 28 kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif 21,377 orang.

Mengikut rekod, ini kali kedua sejak Jun, jumlah kes harian di bawah 3,000 selepas kali pertama merekodkan 2,462 pada 14 Disember lalu.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,802 melibatkan orang awam termasuk 54 dari luar negara dan 21 dalam kalangan banduan.

Semalam, sebanyak 4,389 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,128,358 orang sembuh.

Sementara itu kes import pula termasuk kepulangan warga Thailand dari Arab Saudi, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Bangkok merekodkan 395 kes diikuti Chon Buri 197, Nakhon Si Thammarat 185, Samut Prakan 133, Khon Kaen 115, Songkhla 97, Krabi 86, Ratchaburi 73, Surat Thani 72 dan Ayutthaya 65..

Semalam sebanyak 41,793 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 928 pesakit kritikal dan 249 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment