Rumah tinggal tangga batu

HULU LANGAT 20 Dis. – Hanya tinggal tangga batu. Begitulah akibat terjehan banjir yang menghanyutkan sebuah rumah berusia lebih 50 tahun pada Sabtu lalu.

Foto keadaan rumah itu tular di media sosial selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bernama melaporkan salah seorang keluarga rumah itu memberitahu, pada mulanya dia tidak percaya rumah pusaka di Batu 18, Kampung Jawa,di sini, dihanyutkan.

“Saya hanya mampu terkedu apabila menerima perkhabaran daripada kakak sulung yang memberitahu rumah pusaka keluarga kami dihanyutkan arus deras banjir,”, kata Rodiah Mahfuz, 56, yang menetap di Bangsar.

Beliau hanya percaya setelah menerima beberapa gambar rumah itu menerusi WhatsApp kiriman kakaknya.

Sebelum ini memang pernah beberapa kejadian banjir namun tidaklah sampai menghanyutkan rumah pusaka keluarga, yang kini hanya tinggal tangga batu.

“Rumah berkenaan didiami kakak sulung saya (Rohana Mahfuz, 75,) yang memaklumkan paras air mula naik di rumah berkenaan pada kira-kira 12 tengah malam semalam.

“Menyedari kejadian itu, kakak saya terus bergegas keluar dengan menaiki kereta ke rumah saudara berhampiran,” katanya kepada Bernama semalam.

Related posts

Leave a Comment