3,108 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Dis. – Kes penularan Covid-19 di negara ini kembali di bawah 4,000 iaitu 3,108 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 4,083 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,718,955.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,051 kes atau 98.2 peratus pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Baki 1.8 peratus bersamaan 57 kes pula pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima yang mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal.

Dr Noor Hisham berkata kes yang dikesan itu membabitkan 3,071 kes penularan tempatan dengan 37 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah kes aktif di negara ini, sebanyak 390 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 326 kes disahkan Covid-19 serta 64 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, sehingga kini terdapat 211 kes dengan 143 daripadanya disahkan Covid-19, manakala 68 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Related posts

Leave a Comment