30,930 mangsa banjir

PUTRAJAYA 19 Dis. – Setakat pukul 6 petang ini, jumlah mangsa banjir di lapan negeri di Semenanjung meningkat dari 27,214 individu kepada 30,930 mangsa.

Menurut laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah mangsa terjejas membabitkan 9,678 keluarga yang kini ditempatkan di 347 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 14,743 individu daripada 4,074 individu pagi ini yang kini berlindung di 192 PPS.

Turut menunjukkan peningkatan mangsa ialah di Selangor dengan 9,904 mangsa daripada 3,760 keluarga yang terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 68 PPS.

Kelantan merekodkan 4,322 mangsa daripada 1,064 keluarga di 53 PPS; Melaka 599 mangsa daripada 126 keluarga di 10 PPS; Terengganu 286 mangsa daripad 66 keluarga di lapan PPS dan Perak 91 mangsa daripada 23 keluarga di sebuah PPS.

Bilangan mangsa di Negeri sembilan berkurangan daripada 499 kepada 459 daripada 102 keluarga setakat pukul 6 petang ini.

Mereka kini berlindung di 12 PPS, manakala bilangan mangsa di Kuala Lumpur kekal sama iaitu 526 mangsa daripada 463 di tiga PPS.

Related posts

Leave a Comment