1,041 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 21 Nov. – Jumlah kes jangkitan kekal empat angka apabila 1,041 kes baharu COVID-19, dilaporkan menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493.

Beliau berkata daripada 1,041 kes baharu hari ini, sebanyak 1,039 kes adalah penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Terdapat tiga kes baharu kematian kesemuanya dari Sabah menjadikan angka keseluruhan kes kematian kini sebanyak 332 kes.

Setakat ini, 108 kes positif Covid-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan..

Related posts

Leave a Comment