Maro & Malaysia Kita

IMBASAN 2019 MARO kata nama-nama dalam watak kartun Kosmorama ini adalah rekaan semata. Hakikatnya, nama-nama yang disebut memang wujud di Jabatan Pengarang sama ada pada masa lalu dan sekarang. Mungkin secara kebetulan. Mungkin ada yang nama sama, tidak tahu yang mana satu. Tetapi jika faktor usia di ambil kira, semua nama itu sudah pun bersara. Siapa pun watak itu yang memiliki nama Khalid, Aziz, Osman, Hassan, Siva dan Fauziah mengingatkan kembali suasana bekerja di Utusan khususnya Jabatan Pengarang. Semoga kartun karya Maro terus segar khususnya yang disiarkan di Utusan Malaysia,…

Read More

IMBASAN: Perubahan wajah

BESAR KEPADA KECIL, KEMUDIAN ‘HILANG” SEMALAM dan hari ini, bertarikh 16 dan 17 September 2018, Utusan Malaysia (UM) dan Mingguan Malaysia (MM) berubah wajah. Saiz broadsheet atau besar bertukar kepada kompak @ tabloid. Selepas lebih separuh abad, MM yang dilahirkan pada 30 Ogos 1964 bertukar kepada saiz ‘kecil’ mulai 9 September 2018. UM pula yang mula diterbitkan pada 1 September 1967 bertukar saiz mulai 16 September 2018. Malangnya perubahan saiz tu hanya mampu bertahan lebih kurang setahun. Utusan Melayu menutup operasi akhbar itu dan 9 Oktober 2019 adalah keluaran terakhir…

Read More

Imbasan : Saiz baharu MM

MINGGUAN Malaysia, akhbar No. 1 berubah wajah daripada saiz besar kepada saiz kompak atau tabloid mulai hari Ini 16 September 2018. Ini adalah wajah besar terakhir Mingguan Malaysia keluaran 9 September 2018. Sejak dilahirkan dan menjalani proses kedewasaan, ‘Besar’ tidak banyak berubah kecuali pada ‘kepala atau masthead yang mengalami pelbagai perubahan. Contohnya pada 1973, 1982, 1998, 1991, 1993, 2006 dan 2008. Begitu juga slogan atau motto. Kini wajah ‘Besar’ benar-benar berubah. Beberapa kali ‘Besar’ cuba dipertahankan. Ketika rakan-rakannya BH dan NST berubah bentuknya, UM mereka bentuk supaya dipandang besar tetapi…

Read More

Siapakah pemilik bangunan ini?

IMBASAN…Tarikh 13 September 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Enam off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Sempena perasmian bangunan itu juga, Najib mengumumkan nama Jalan Enam sebagai Jalan Utusan. Hari ini, genap tujuh tahun traikh perasmiannya. Bukan mudah untuk Utusan Melayu memiliki bangunan sehebat ini. Bangunan seumpama ini hanya menjadi kenyataan ketika usia Utusan Melayu sedang mencecah 75 tahun. Namun pada usia 80 tahun, Utusan Melayu nazak dan akhirnya ‘mati’, Kini bnagunan yang menjadi kebanggaan warga kerja…

Read More

Hari ini dalam sejarah

ANGKA 9 menjadi ‘pembuka dan penutup’ kelahiran dan kematian akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB). Catatan ini hanyalah sekadar mengingati sejarah bukan bertujuan meratapi pemergiannya, nanti orang kata bergeraklah ke hadapan, jangan pandang belakang. Maka saya tidak mahu menulis pasal Utusan Malaysia yang sudah ‘berkubur’ itu. Hanya ulang tulisan lama pada saat ‘kegeringannya’ itu pun saya letak di selak-selak.com sebagai catatan kenangan D’UTUSAN. (Rujuk Selamat Hari Lahir Utusan Malaysia) Angka 9 yang saya maksudkan adalah Utusan Malaysia dilahirkan pada 1 September 1967 (01.09.1967). Pada…

Read More

Selamat Hari Lahir Utusan Malaysia

IMBASAN TULISAN PADA 1 SEPTEMBER 2019 01 SEPTEMBER 2019 : HIJRAH UTUSAN ALHAMDULILLAH, hari ini, 1 September 2019, Utusan Malaysia genap 52 tahun usia keluarannya. Syukurlah Utusan Malaysia yang diterbitkan mulai 1 September 1967 masih wujud. Ketika tersebar berita akhbar ini bakal ditalkinkan, ramai terutama warga kerja dan mereka yang pernah bersama Utusan gelisah dan kecewa. Mereka tidak boleh menerima Utusan pergi begitu sahaja. Namun hari ini, Utusan Malaysia terus ‘bernafas’ walaupun ibu kandungnya Utusan Melayu (jawi) yang dilahirkan pada 29 Mei 1939 telah lama pergi meninggalkan kita. Terima kasih…

Read More

IMBAS KEMBALI : Mengingati Kelahiran Mingguan Malaysia

  IMBAS KEMBALI TULISAN 30 OGOS 2019 KETIKA UTUSAN TENAT Meraikan Kelahiran Di Saat Ketenatan Selamat hari ulang tahun kelahiran untuk Mingguan Malaysia. Syukurlah akhbar yang dilahirkan pada 30 Ogos 1964 masih bertahan sehingga sekarang dengan edaran tertinggi. Tahniah juga kepada Kosmo! yang menyambut ulang tahunnya yang ke-15. Kosmo berada di pasaran pada 31 Ogos 2014 sehari selepas pelancaran akhbar kompak itu. Pada 1 September pula, ulang tahun kelahiran Utusan Malaysia yang mula diterbitkan pada 1 September 1967. Begitulah cerita kelahiran akhbar milik Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia…

Read More

Imbasan 2019 : Susulan operasi Utusan diteruskan

21.08.2019 : Sepakat membantu, bukan sokongan kosong SEORANG rakan grup WhatsApp dalam reaksinya untuk membantu Utusan berkata : “ Saya akan beli tiga naskhah” . Seorang lagi pula berkata: “ Tak cukup beli naskhah Utusan, apa saja yang perlu iklan, iklankan dalam Utusan”. Begitulah semangat mereka apabila dimaklumkan Utusan Malaysia dan Kosmo! akan beroperasi seperti biasa. Semangat ‘orang lama’ yang terus membeli Utusan itu amat dihargai. Bagaimana yang lain? Masih berminat membaca surat khabar? Ada hikmah di sebalik khabar mengenai penutupan dua akhbar milik institusi Melayu itu. Memang menggemparkan apabila…

Read More

Menjelang ‘kematian’ Utusan

MENYELAK KEMBALI TULISAN TAHUN 2019 20.08.2019 : Usah sekadar merintih, sembang kosong tanpa ‘sokongan’ MENYELAK surat khabar hari ini, salah satu fokus yang diberi adalah mengenai Utusan Melayu khususnya berkaitan Utusan Malaysia dan Kosmo!. Muka depan New Straits Times, tertera tajuk utama UTUSAN NO MORE? Satu laporan khas dua muka mengisi berita utama itu. Beberapa media lain juga melaporkan mengenai kemelut yang melanda dan didedahkan secara terbuka melalui piket Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM). Pelbagai laporan mengenainya dan salah satu yang mendapat reaksi ramai kemungkinan akhbar Utusan Malaysia dan…

Read More