Siapakah pemilik bangunan ini?

IMBASAN…Tarikh 13 September 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Enam off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Sempena perasmian bangunan itu juga, Najib mengumumkan nama Jalan Enam sebagai Jalan Utusan.

Hari ini, genap tujuh tahun traikh perasmiannya. Bukan mudah untuk Utusan Melayu memiliki bangunan sehebat ini. Bangunan seumpama ini hanya menjadi kenyataan ketika usia Utusan Melayu sedang mencecah 75 tahun. Namun pada usia 80 tahun, Utusan Melayu nazak dan akhirnya ‘mati’,

Kini bnagunan yang menjadi kebanggaan warga kerja Utusan Melayu dan bekas kakitangannya tinggal sejarah. Bangunan itu serta aset Utusan Melayu terpaksa dijual bagi melunaskan hutang pelbagai pihak termasuk kakitangannya yang memilih skim pemberhentian sukarela (VSS) dan juga yang diberhentikan.

Entah siapa yang bakal menjadi pemilik baharu bangunan ini.

Related posts

Leave a Comment