Selamat kembali Mingguan Malaysia

TAHNIAH kepada rakan-rakan yang terpilih menerbitkan semula akhbar Mingguan Malaysia (MM). Keluaran sulung terbitan Media Mulia Sdn.Bhd. (MM) selepas keluaran terakhir oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UM). MM dilahirkan pada 30 Ogos 1964. Akhbar yang sering dinobatkan sebagai Akhbar No. 1 negara ini pernah mencatatkan rekod cetak dan jualan tertinggi. Adakah MM (baharu) mampu mengulangi kegemilangan MM lama? Dengan situasi yang ada pada hari ini, tidak keterlaluan jika dikatakan hasrat itu sukar dicapai lebih-lebih lagi ketika maklumat sentiasa di hujung jari dan budaya membaca yang suram. Apa pun jika kena…

Read More

Jalan Utusan ke Jalan Riong

SEJAK kebelakangan ini ramai pula yang bertanya bilakah Utusan Malaysia dan Kosmo! akan muncul kembali. Lebih-lebih lagi promosi besar-besaran oleh penerbit. Nampaknya ramai yang masih merindui dua akhbar terbitan syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang sudah gulung tikar itu. Mulanya saya pun tidak pasti tarikh kelahiran semula sehingga muncul promo secara rasmi. Tarikhnya kini sah 20 Julai, hari Isnin. Kenapa 20 Julai? Itu saya tidak pasti, kena tanya penerbit Media Mulia. Saya rasa tidak perlu mengambil sempena apa-apa peristiwa berkaitan Utusan yang asal kerana yang penting akhbar itu kembali mewarnai…

Read More

Catatan 29 Mei

UTUSAN MELAYU DALAM KENANGAN (D’UTUSAN selak-selak.com) IMBASAN : Tahun 2019, ketika menyambut ulang tahun ke-80, Utusan Melayu masih ada walaupun yang tinggal hanyalah nama syarikat. Hari ini 81 tahun Utusan Melayu (kelahiran akhbar jawi) syarikat pun sudah gulung tikar. Setakat ini tiada apa lagi nak cerita, kecuali berkongsi semula catatan tahun lepas semasa saya di Madinah. Meraikan 80 Tahun ‘Utusan Melayu’ yang sudah tiada Selamat ulang tahun yang ke-80. Pada hari ini, Isnin 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu, terbitan Utusan Melayu Press Limited yang ditubuhkan pada 18 Jun…

Read More

Apa khabar anak yatim Utusan

MENJELANG beberapa hari lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, terselak beberapa program yang ada kaitan dengan anak-anak yatim Kumpulan Utusan. Apa khabar anak-anak yatim Kumpulan Utusan? Walaupun Utusan tinggal nama, diharapkan hubungan kekeluargaan tetap terjalin.  Semoga semuanya dalam keadaan baik. Sedih juga tiada lagi majlis meraikan anak-anak yatim seperti yang sering dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Sama seperti orang lain, bukan sahaja anak-anak yatim malahan bekas pekerja juga menghadapi kesulitan yang ada antaranya dapat diketahui dan ada pula yang tidak disedari oleh ‘anggota keluarga besar Utusan’ Sudah menjadi lumrah setiap tahun,…

Read More

Imam Tarawih dari Makkah

SEJAK 2011, setiap kali Ramadan, imam dari Makkah akan diundang bagi mengimamkan solat sunat Tarawih lapan rakaat di Surau Al-Huda Utusan Melayu di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dan kemudiannya di Jalan Utusan. Undangan itu secara tidak langsung memberi peluang para petugas yang bekerja dapat merasai suasana di masjid dan surau yang sering menampilkan imam dari luar terutama melibatkan negara Palestin, Syria dan Mesir. Bagi Surau Al-Huda Utusan, bukan sahaja imam dalam kalangan pekerja seperti Kamsari Nor dan Radzi Zin memimpin solat tetapi juga ramai imam jemputan tempatan…

Read More

Surau lama gamit kenangan

SAMBIL selak-selak gambar lama terjumpa beberapa foto ini. Ia berkaitan Surau Al-Huda Utusan Melayu. Saya tak pasti di sebalik nama pemilihan Al-Huda kerana celik-celik  mata saja di Utusan Melayu, surau tu dah ada bersebelahan kilang di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Suatu masa dulu tahun 80an, mula-mula saya jadi pemberita kadet, surau tu adalah bangunan kayu. Surau yang berdindingkan papan dengan dua (kalau tak silap) anak tangga batu. Berbunyi surau tu bila ramai-ramai turun sujud. Tempat wuduk dan tandas kena naik surau dahulu dan turun semula di pintu…

Read More