MINGGUAN Malaysia, akhbar No. 1 berubah wajah daripada saiz besar kepada saiz kompak atau tabloid mulai hari Ini 16 September 2018. Ini adalah wajah besar terakhir Mingguan Malaysia keluaran 9 September 2018. Sejak dilahirkan dan menjalani proses kedewasaan, ‘Besar’ tidak banyak berubah kecuali pada ‘kepala atau masthead yang mengalami pelbagai perubahan. Contohnya pada 1973, 1982, 1998, 1991, 1993, 2006 dan 2008. Begitu juga slogan atau motto. Kini wajah ‘Besar’ benar-benar berubah. Beberapa kali ‘Besar’ cuba dipertahankan. Ketika rakan-rakannya BH dan NST berubah bentuknya, UM mereka bentuk supaya dipandang besar tetapi berupaya menyangi saingannya. Konsep lipat empat diperkenalkan bagi memudahkan pembaca. Slogan Besar, Berani, Berpengaruh ditonjolkan. Ketika itu, UM satu-satunya akhbar Besar (kecuali akhbar berbahasa Cina) tetapi akhirnya, perubahan perlu dilakukan.
Related posts
-
Jemaah umrah terkandas lagi
LAPORAN mengenai lebih 300 jemaah umrah terkandas menarik perhatian, lebih-lebih lagi baru Khamis lalu penulis tiba... -
Kenapa DAPSY cepat melatah?
SEPANG 13 Jan. – Pemuda UMNO menegaskan teguran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya...