Suami isteri tanding Bebas

PASANGAN suami isteri yang pernah aktif bersama USNO dan UMNO turut menawarkan diri sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada. Amir Kahar Tun Mustapha bertanding di kerusi DUN Banggi manakala isterinya Aminah Ambrose bertanding di DUN Bengkoka. Bekas Timbalan Ketua Menteri itu mahu meneruskan legasi bapanya, salah seorang yang memainkan peranan penting di Sabah dan digelar Bapa Kemerdekaan Sabah. Beliau berharap dapat memenangi kerusi itu selepas namanya digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Kali ini Amir Kahar turun sebagai cakon…

Read More

Pokok dan kunci jadi pilihan

MELIHAT pokok dan kunci yang menjadi simbol pilihan calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, teringat simbol sama yang pernah digunakan oleh Shahril Samad semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor Bahru pada 1988. Beliau menang mengalahkan calon Barisan Nasional (BN). Pokok pula baru-baru ini digunakan oleh Amir Khusyairi Mohamad Tanusi calon Bebas yang mewakili Pejuang pimpinan Dr. Mahathir Mohamad semasa PRK DUN Slim di Perak pada 29 Ogos lalu. Beliau kalah kepada calon BN. Semalam, 12 September, semasa hari penamaan calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sabah…

Read More

447 calon rebut 73 kerusi

TIDAK ada yang menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dan tidak ada pertembungan satu lawan satu sebaliknya menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru dengan minimum tiga penjuru dan maksimum 11 penjuru. Saingan lima, enam dan tujuh penjuru menjadi ciri umum PRN kali ini. Lebih menarik apabila Barisan Nasional (BN) akan bertembung dengan sekutunya, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 daripada jumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Kerusi tersebut adalah Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan,…

Read More

Jangkitan baharu turun

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi  terus menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan 643 kes baharu dikesan pada hari ini, Sabtu, 12 September 2020. Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan pada Jumaat, 11 September adalah 687 kes dan dengan perkembangan hari ini, jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini adalah 325,050 kes. Sebanyak 27 lagi kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebanyak 4,240. orang. Bagi kes sembuh pula, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 903 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 301,836. Sementara itu, Makkah…

Read More

Kuarantin pulang dari Sabah?

KUARANTIN wajib bagi mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah? Itu keperluan yang sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan berhubung kehadiran penduduk Semenanjung sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Menterinya, Dr Adham Baba berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti. “Kita akan buat kajian risiko setiap hari dan akan dibincangkan di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai COVID-19 juga bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya selepas merasmikan Wellness Hub Bagan Pinang, Port Dickson. Sabah yang sedang dalam suasana kempen PRN menjelang pengundian 26…

Read More

“Ramai berminat jadi YB“

SEMBILAN penjuru menanti Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu akan berdepan dengan lapan pencabar iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Chin Su Phin, Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Pang Yuk Min dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)  Dr Yee Moh Chai. Turut mencabar Liew ialah calon Parti Gagasan Rakyat Sabah Chong Tze Kuin, Lo Yau Foh (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan tiga calon bebas iaitu Sim Sie Hong, Ng Chun Sua…

Read More

Cabaran Anifah Aman, Salleh

PRESIDEN Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini. Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP). DUN itu mempunyai 16,735 pengundi. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Daud memperoleh 6,912 undi menewaskan calon BN, Mohamad Alamin (6,117 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (627 undi). Sementara itu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia,…

Read More

Lima penjuru di kawasan Shafie

JIKA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal menghadapi pertandingan satu lawan satu tetapi pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) kali ini, beliau berdepan dengan empat pencabar termasuk anak buahnya sendiri. Kali ini Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)  Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).  Semasa PRU-14, Shafie yang akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, beliau berhadapan calon Barisan Nasional (BN) iaitu  sepupunya Nasir Tun Sakaran. Senarai calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya…

Read More

Jaga diri semua – Musa Aman

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang ‘gagal menghalang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mengemukakan sebarang borang pencalonan di Dewan Serbaguna Libaran seperti dijangka sebelum ini. Bagaimanapun, tengah hari ini, 12 September, Musa menitipkan nasihat kepada semua rakyat Sabah melalui satu ciapan di akaun Twitternya. Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada Sabah dan mendoakan semuanya kekal selamat. “Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” tulisnya ringkas. Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum ini pernah memuat naik dalam akaun Facebooknya seolah-olah memberi bayangan untuk bertanding di…

Read More

Hajiji hadapi tiga penjuru

KETUA Pimpinan Parti Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Nor yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri ke-16 berhadapan dua calon lain iaitu dari Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS). Pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (N.12) Sulaman itu menyaksikan Hajiji yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket Barisan Basional (BN) dicabar Rekan Hussien (PCS) dan Aliashgar Basri (Warisan). Pengurus Pilihan Raya (N.12) Sulaman, Soffian Alfian Nair mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding dan tiada pencalonan yang ditolak. Pada Pilihan Raya Umum…

Read More