Jangkitan baharu turun

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi  terus menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan 643 kes baharu dikesan pada hari ini, Sabtu, 12 September 2020.

Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan pada Jumaat, 11 September adalah 687 kes dan dengan perkembangan hari ini, jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini adalah 325,050 kes.

Sebanyak 27 lagi kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebanyak 4,240. orang.

Bagi kes sembuh pula, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 903 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 301,836.

Sementara itu, Makkah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 69 kes diikuti Jeddah 65, Hufof 51, Dammam, 46, Madinah dan Riyadh masing-masing 35, Qatif 26 dan  Yanbu. 21 .

Related posts

Leave a Comment