Hari penentuan Sabah

PARTI mana dan siapa bakal Ketua Menteri akan ditentukan oleh 1.08 juta pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini, 26 September 2020.

Adakah Warisan Plus bakal meneruskan pentadbiran negeri di bawah bayu itu atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih?

GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah manakala Warisan Plus meliputi Warisan, DAP dan Amanah serta sekutu UPKO dan PKR. 

Benar pertembungan dua gabungan ini amat sengit tetapi jangan pula

permudahkan cabaran Parti Cinta Sabah (PCS) dan beberapa parti kecil lain yang menampilkan tokoh masing-masing yang masih berpengaruh.

Mereka ini juga bakal menjadi kuasa penentu jika majoriti parti utama khususnya Warisan Plus dan GRS menang majoriti mudah.

Di Sabah kemenangan selesa dengan majoriti dua pertiga amat penting bagi mengelakkan episod lompat melompat yang akhirnya berlaku pergolakan seperti sebelum ini sehingga akhirnya kerajaan tidak mampu bertahan lebih lama.

Hayat kerajaan Warisan tidak lama walaupun pada peringkat awalnya diperkuatkan oleh  calon yang melompat. Episod lompatan berikutnya menyebabkan kerajaan tidak stabil yang akhirnya memaksa Warisan memohon DUN dibubarkan.

Justeru amat penting bagi mana-mana gabungan memperoleh jumlah kerusi yang selesa untuk mentadbir Sabah selama lima tahun, bukannya separuh penggal atau kurang daripada itu.

Pada saat akhir kempen, pelbagai usaha dilakukan oleh parti-parti yang bertanding untuk mencari undi pengundi. Turut diperalatkan video lama Menteri Kanan, Azmin Ali yang meminta pengundi memberi sokongan kepada Warisan. Ia mungkin mampu mempengaruhi pengundi jika mereka tidak tahu bahawa itu video lama ketika Azmin bersama PKR dalam Pakatan Harapan (PH).

PRN ini menawarkan 73 kerusi untuk ditandingi dan 447 calon menawarkan diri termasuk calon Bebas. Jumlah calon yang bertanding pada PRN ini lebih besar daripada jumlah calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang melibatkan kerusi DUN dan Parlimen.     

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pukul 7.30 pagi ini bagi

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, akan dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat pada pukul 5 petang.

Related posts

Leave a Comment