Cabaran Anifah Aman, Salleh

PRESIDEN Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

DUN itu mempunyai 16,735 pengundi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Daud memperoleh 6,912 undi menewaskan calon BN, Mohamad Alamin (6,117 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (627 undi).

Sementara itu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr Salleh Said Keruak (BN) bertanding di kerusi DUN Usukan, ditentang dua pencabar lain iaitu bekas calon kerusi tersebut pada PRU14, Abdul Bahkrin Mohd Yusof (Warisan) dan calon PCS, Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas.

Pada PRU lalu, kerusi  tersebut  dimenangi Japlin Akim (BN) yang mendapat 8,738 undi, menewaskan Abdul Bahkrin (7,513 undi), calon Pas Adzmin Awang (355) dan calon Bebas, Amsor Tuah (70 undi).

DUN Usukan mempunyai 16,883 pengundi.

Related posts

Leave a Comment