Meningkat lebih 110,000 kes

JUMLAH kes positif Covid-19 yang merebak di 185 negara di seluruh dunia kini 2.24 juta selepas pertambahan lebih 110,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian pula meningkat melebihi 6,000 kes iaitu 153,379 manakala kes sembuh 565,957.

Data Johns Hopkins University menunjukkan setakat 7 pagi ini, sebanyak 2,234,109 kes dicatatkan dengan enam negara mencatat lebih 100,000 kes positif.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara yang paling teruk terjejas dengan kes positif melebihi 500,000 iaitu 699,105 manakala kematian 28,998.

Sepanyol mencatatkan 188,167 kes dan kematian 19,631; Itali 172,434 kes dan kematian 22,745 manakala Perancis mencatatkan peningkatan kes positif yang perlahan apabila mengekalkan jumlah kes positif dalam lingkungan 147,121 kes dan kematian 18,681.

Jerman mencatatkan peningkatan kes sebanyak 3,000 menjadikan jumlah keseluruhan 140,886 kes dan kematian 4,326.

United Kingdom menjadi negara yang mencapai angka 100,000 pada Jumaat kini mempunyai pertambahan kes baharu sebanyak 5,000 kes menghampiri 110,000 secara keseluruhan iaitu 109,769 manakala kematian 14,576 kes.

Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk akibat COVID-19 mencatatkan angka kematian yang semakin menurun sejak seminggu lalu.

China, Iran dan Turki masing-masing mempunyai angka kes positif melebihi 50,000 kes iaitu 83,760 kes, 79,494 kes dan 78,546 kes.

Related posts

Leave a Comment