Suami isteri tanding Bebas

PASANGAN suami isteri yang pernah aktif bersama USNO dan UMNO turut menawarkan diri sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada.

Amir Kahar Tun Mustapha bertanding di kerusi DUN Banggi manakala isterinya Aminah Ambrose bertanding di DUN Bengkoka.

Bekas Timbalan Ketua Menteri itu mahu meneruskan legasi bapanya, salah seorang yang memainkan peranan penting di Sabah dan digelar Bapa Kemerdekaan Sabah.

Beliau berharap dapat memenangi kerusi itu selepas namanya digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Kali ini Amir Kahar turun sebagai cakon Bebas yang menghadapi saingan tujuh penjuru melibatkan calon Warisan Mohammad Mohamarin, Kamri Kail (Parti Cinta Sabah),  Salbin Muksin (USNO), Barisan Nasional’s Akram Ismail (BN),

Parti Perpaduan Rakyat Sabah’s Abdul Aziz Amir Bangsah (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Mia Sin Nursiri (Bebas) .

Amir Kahar mempunyai wawasan itu mengeluarkan Sabah dari kemiskinan dan berharap dapat menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kepada nama Mustapha dan Fuad Stephens.

Sementara itu, isterinya Aminah, pula membuat keputusan saat terakhir bertanding sebagai calon Bebas selepas namanya tidak disenaraikan oleh Bersatu Sabah untuk bertanding di Banggi.

Aminah akan menghadapi saingan 11 penjuru iaitu dari UPKO (Junsim Rumunzing), Bersatu (Dr Samuil Mopun), USNO (Omar Jalun), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Rita Cham), Parti Cinta Sabah’ (Jose Modsinupu) Barisan Nasional (Harun Durabi), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Sotijin Juhui) dan tiga calon Bebas, Akian Ah Kiew, Pransol Tiying dan Maklin Masiau.

Beliau dan suami berharap mendapat sokongan akar umbi yang mengenali mereka yang sebelum ini berjuang melalui parti politik termasuk UMNO dan USNO.

Related posts

Leave a Comment