Jaga diri semua – Musa Aman

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang ‘gagal menghalang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mengemukakan sebarang borang pencalonan di Dewan Serbaguna Libaran seperti dijangka sebelum ini. Bagaimanapun, tengah hari ini, 12 September, Musa menitipkan nasihat kepada semua rakyat Sabah melalui satu ciapan di akaun Twitternya. Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada Sabah dan mendoakan semuanya kekal selamat. “Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” tulisnya ringkas. Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum ini pernah memuat naik dalam akaun Facebooknya seolah-olah memberi bayangan untuk bertanding di…

Read More

Hajiji hadapi tiga penjuru

KETUA Pimpinan Parti Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Nor yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri ke-16 berhadapan dua calon lain iaitu dari Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS). Pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (N.12) Sulaman itu menyaksikan Hajiji yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket Barisan Basional (BN) dicabar Rekan Hussien (PCS) dan Aliashgar Basri (Warisan). Pengurus Pilihan Raya (N.12) Sulaman, Soffian Alfian Nair mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding dan tiada pencalonan yang ditolak. Pada Pilihan Raya Umum…

Read More

Bung hadapi 4 pencabar

LAMAG salah satu kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah dan Bebas. Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin bertanding di kawasan yang mempunyai 8,159 pengundi ini. Pegawai Pengurus Pilihan raya, Suhaimi Ejip mengumumkan senarai calon yang bertanding pada oukul 10.55 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan, ditutup pada pukul 10 pagi. Katanya, tiada calon yang ditolak pencalonan. Bung Moktar akan berhadapan dengab Razman Mayah…

Read More

PN, BN, PBS jadi GRS

MENJELANG penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini, 12 September, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas semalam bersama-sama pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti itu. “Hasil mesyuarat penting semalam, saya ingin umumkan bahawa keputusan yang telah dicapai ialah untuk menamakan gabungan parti-parti yang ada (di Sabah) bersama-sama perjuangan kita ini sebagai Gabungan Rakyat Sabah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika…

Read More

PRN: 3 penjuru sudah pasti

TIGA itu pasti. Dua tidak akan berlaku. Empat, lima dan enam tidak mustahil. Ia pernah berlaku sebelum ini. Begitu situasi yang ada setakat ini  menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok, 12 September 2020. Pertembungan tiga penjuru bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat dinafikan kerana ia melibatkan pelbagai kelompok parti politik yang pelbagai bagi menghadapi PRN mengejut ini. Jangkaan empat, lima dan enam itu akan turut melibatkan calon Bebas dan mereka yang mungkin kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon oleh parti atau tidak puas…

Read More

PCS ajak tolak parti Malaya

DENGAN slogan Sabah Sedar, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman mengajak parti-parti tempatan bersatu dan bekerjasama menolak campur tangan parti-parti Malaya. Anifah berkata, adalah menjadi harapannya agar parti-parti tempatan bersama-sama menuntut hak-hak dan keistimewaan rakyat Sabah yang dakwanya sehingga hari ini masih tidak dilaksanakan. “Kita yang seharusnya menentukan nasib serta hala tuju kita sendiri tanpa campur tangan oleh Malaya. Cukuplah retorik-retorik sebelum ini, dan tidak perlu lagi. Tolak sahaja campur tangan Malaya,” kata bekas Menteri Luar itu melalui Facebooknya. Dalam catatannya, Anifah berkata, sejak penubuhan Persekutuan Malaysia hingga hari…

Read More