PUTRAJAYA 6 Dis. – Sebanyak 97.1 peratus atau 22.722.055 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi manakala 98.5 peratus atau 23.049,440 sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 25,443,839 individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.2 peratus atau 25.879,889 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.721,784 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.0 peratus atau 2,830,449 mendapat satu dos. Sementara itu, data kemajuan…
Read MoreCategory: SEMASA
40 kematian Covid-19
PUTRAJAYA 6 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah 30,614 orang, daripada 2.65 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19…
Read More35 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 5 Dis.- Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian di bawah 50 kes apabila merekodkan 35 kes dalam tempoh 24 jam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) dua lagi individu meninggal dunia akibat koronavirus Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,912 dan jumlah keseluruhan kematian pula sebanyak 8,844 orang. MoH juga memaklumkan 45 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 539,056 orang. Dan dalam kalangan kes aktif itu, 39 dalam keadaan kritikal.
Read MoreKes harian Malaysia turun
PUTRAJAYA 5 Dis. – Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 4,298 kes hari ini berbanding 4,896 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini menjadi 2,658,772.
Read MoreCeramah fizikal hanya di 64 DUN
KUCHING 5 Dis. – Ceramah fizikal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak hanya dibenarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencapai jaringan internet. Perkara itu dimaklumkan melalui prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 menjelang PRN yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Menurut senarai yang dikeluarkan, terdapat 64 DUN yang dikenal pasti mempunyai kadar liputan 4G yang rendah di kawasan berpenduduk. Menerusi SOP tersebut, SPR berkata penganjur, urus setia, calon serta penceramah perlu membuat kit ujian pantas (RTK) kendiri sebelum mengadakan ceramah. Ujian…
Read More603 kes baharu di Filipina
MANILA 5 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan pertambahan 603 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,834,775. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 1,047 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,771,536 orang pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 49,386 orang apabila 156 lagi dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal, daripada 156 kematian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 36 peratus berlaku pada November 2021. Sementara itu, sebanyak 13,853 kes aktif dilaporkan turun sedikit berbanding 14,338 yang dilaporkan semalam.
Read MoreThailand lapor 4,704 kes baharu
BANGKOK 5 Dis. – Selepas merekodkan 5,896 kes semalam, Thailand hari ini mencatatkan 4,704 kes baharu serta 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 2,141,241 kes dan 20,944 kematian Sebanyak 4,696 kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok mendahului dengan merekodkan 781 kes di samping tujuh wilayah lain iaitu Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Surat Thani dan Yala. Semalam, 6,149 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,048,815 kes Chon Buri dan Ayutthaya merekodkan kes kematian tertinggi iaitu masing-masing tiga kes manakala bakinya…
Read MorePSB tanding 70 kerusi
SIBU 5 Dis. – Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan bertanding di 70 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini, kata Presidennya, Wong Soon Koh. “Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon yang berkualiti. Tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, PSB turut mempertaruhkan 10 calon wanita pada PRN12 itu termasuk calon termuda Intanurazean Wan Sapuan Daud, 26 tahun di DUN Nangka. Beliau sendiri…
Read MoreVaksinasi 2.3 juta kanak-kanak Australia
SYDNEY 5 Dis. – Kira-kira 2.3 juta kanak-kanak Australia berusia lima hingga 11 tahun, akan mula menerima suntikan vaksin Covid-19 mulai 10 Januari depan. Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata, penguatkuasa kesihatan memberi kelulusan sementara untuk vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada kanak-kanak. Langkah pemberian vaksin itu sebagai mengikuti tindakan sama dibuat Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Israel dan Kanada. “Vaksinasi 2.3 juta kanak-kanak akan bermula pada 10 Januari ini, tertakluk kepada kelulusan daripada badan penasihat imunisasi negara. Ia disyorkan untuk kanak-kanak di seluruh Australia. Ini bagi memastikan anak-anak kita, keluarga kita…
Read MoreKadar kebolehjangkitan Perlis 1.16
PUTRAJAYA 5 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada 0.97 selama dua hari berturut-turut. Sepuluh negeri merekodkan kadar yang sama atau melepasi nilai 0.97 didahului Perlis 1.16 sama seperti hari sebelumnya diikuti Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan yang masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah yang masing-masing merekodkan 0.99, manakala Perak 0.98 dan Pahang 0.97. Enam negeri merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 0.96 manakala Sabah, Kelantan…
Read More