Kadar kebolehjangkitan Perlis 1.16

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada 0.97 selama dua hari berturut-turut.

Sepuluh negeri merekodkan kadar yang sama atau melepasi nilai 0.97 didahului Perlis 1.16 sama seperti hari sebelumnya diikuti Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan yang masing-masing merekodkan 1.00.

Ini diikuti Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah yang masing-masing merekodkan 0.99, manakala Perak 0.98 dan Pahang 0.97.

Enam negeri merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 0.96 manakala Sabah, Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.93, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.89 dan Sarawak 0.73.

Related posts

Leave a Comment