PSB tanding 70 kerusi

SIBU 5 Dis. – Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan bertanding di 70 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini, kata Presidennya, Wong Soon Koh.

“Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon yang berkualiti. Tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, PSB turut mempertaruhkan 10 calon wanita pada PRN12 itu termasuk calon termuda Intanurazean Wan Sapuan Daud, 26 tahun di DUN Nangka.

Beliau sendiri akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya selama enam penggal sejak 1991 di samping meletakkan calon di Dudong, Palawan, dan Bukit Assek.

Sebelum ini, DAP menyatakan keterbukaan mereka untuk berunding mengenai kerjasama dengan PSB berhubung kerusi Dudong dan Bawang Assan.

Bagaimanapun tiada kata sepakat dicapai antara dua parti berkenaan dan DAP telah mengumumkan calon mereka di kerusi Bawang Assan dan ini secara tidak langsung mengesahkan pertembungan tiga penjuru GPS-DAP-PSB

Setakat ini hanya DAP dan PSB dilihat mampu memberi saingan terhadap GPS dalam mendepani PRN Sarawak 18 Disember ini.

Katanya, perpecahan dalaman PKR yang memuncak pada tahun 2020 dan menjalar hingga hari ini, disamping Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kurang menonjol di negeri itu, tidak memberi rangsangan sokongan kepada PH.

“PKR yang ada ini adalah PKR pasca perpecahan. Sebahagian pemimpin mereka bersama PSB serta berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Related posts

Leave a Comment