603 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan pertambahan 603 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,834,775.

Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 1,047 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,771,536 orang pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 49,386 orang apabila 156 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal, daripada 156 kematian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 36 peratus berlaku pada November 2021.

Sementara itu, sebanyak 13,853 kes aktif dilaporkan turun sedikit berbanding 14,338 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment