22.7 juta dewasa lengkap dos

 

PUTRAJAYA 6 Dis. – Sebanyak 97.1 peratus atau 22.722.055 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi manakala 98.5 peratus atau 23.049,440 sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 25,443,839 individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.2 peratus atau 25.879,889 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.721,784 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.0 peratus atau 2,830,449 mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 54,517 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.09 juta dos

Related posts

Leave a Comment